Saturday, May 9, 2009

PERAK - EPISOD YANG MEMALUKAN

Episod DUN Perak sejak 3 bulan mutakhir telah membuahkan beberapa presiden-presiden yang tidak semuanya boleh dirujukkan sebagai ikutan dihari muka. Kebanyakan darinya hanya layak untuk jadi skrip untuk penulis-penulis drama-drama komedi, namun ianya tidak begitu menghiburkan.

Dari tarikh 9hb Mac '08, satu babak lucu telah tercatat dalam lipatan sejarah DUN Perak dimana BN (Tajul Rusli) terlupa bahawa mereka mempunyai simple majoriti sebagai satu entiti iaitu BN. Kejutan kekalahan banyak kerusi itu telah memukul Tajul Rosli (TR) hingga lupa bahawa Pakatan Rakyat ketika itu belum bulat pakatan mereka , jesteru belum mampu bergolek. Mungkin wajar ketika itu jika Sultan merestui BN membentuk kerajaan Perak, jika diminta.

Dalam tempoh peralihan ini UMNO/BN telah terpukau dek kejahilan sendiri. Jesteru tidak dapat menerima orang orang lain, Nizar dipilih oleh Istana sebagai MB. Selama masa Kurang tiga bulan Nizar telah berjaya meraut keyakinan rakyat dan Istana.

Desperado UMNO/BN merasakan bahawa jika tidak diusahakan supaya Kerajaan Nizar terguling, UMNO/BN hanya bisa menghitung hari terakhirnya di bumi Perak. Dengan kemampuan kewangan yang tidak pernah kering, mereka mungkin mampu melakukan segalanya, kecuali memenangi hati rakyat. Tanpa meneliti segala kemungkinan. UMNO/BN melihat wang sebagai dapat membeli segalanya.

Bila Nasharuddin melompat, kita melihat bahawa ini bakal mengukuhkan lagi Nizar; namun lompatanya kembali sambil mengheret tiga lagi, telah merobah segalanya. Pelaburan telah membuahkan dividen segera
kepada BN.

Kelewatan Nizar memaalom dan memohon perkenan membubarkan DUN, melihat Putra Jaya telah memintas dan menggunakan pengaruh kuasa eksekutif Pusat untuk diperkenan yang sebaliknya. Istana merasakan bahawa ada padanya prerogative memberi kuasa kepada pehak lain tanpa menyedari dia (Istana) tidak punya kuasa menyingkir sesuatu yang telah diperkenan dahulu.

Dengan keangkuhan dan ketamakan , MB baru dilantik tanpa yang terdahulu tersingkir. Jesteru 2 MB.

Didalam keghairahan melaksanakan Grand Design ini, telah ada juga yang penting tertinggal-kira. Speaker DUN. Kerakusan tindakan dan kecetekan stretegi jelas terpapar bila Speaker diabaikan, kerana menyangka dengan merampas jawatan MB, mereka merampas segala-segala. Ganjil! Details sebegini diabaikan oleh seoarang yang ber"PhD".

Seorang MB boleh diseretkan ke Mahkamah untuk pengadilan, tetapi tidak seorang Speaker DUN. Dalam sekop yang agak terhad (hanya untuk DUN sahaja), Speaker mempunyai 'authority' yang tidak boleh dianggap kecil. Episod memalukan Perak telah membuka mata awam bahawa Speaker dalam konteks DUN punya kuasa dan wenangan yang mampu melumpuhkan sesebuah Kerajaan.

Menyedari ini dan hakikat bahawa masa semakin suntuk UMNO/BN mengelakkan dari terbubar DUN 'by default' kerana tidak bersidang. Zamri ber"Ph D" merancang untuk merampas kerusi Speaker dari Sivakumar, mungkin tidak menyedari bahawa hamba Allah ini juga seorang peguam. Apa yang berlaku di DUN Perak Isnin 7 Mei , telah mendedahkan kepada umum permainan kasar UMNO/BN , merempuh , membentes kaki, mencuri ayam , menyigung dan apa juga kekasaran yang boleh anda fikirkan untuk merebahkan Pakatan dan menguasai Perak. Namun belum jelas natijahnya 'positif' bagi UMNO/BN

Kasihan Dato' SUK dan Setiausaha DUN . Terperangkap ditengah-tengah kemelut.

Setelah habuk mendap, kita telah dapat melihat bahawa "the best laid plan by UMNO/BN ' di Perak bukan lagi Grand Design tetapi verybadly designed GRAND DESIGN.

1 comment:

  1. very good articel.....teruskan perjuangan demi agama Islam tercinta....
    Assalamualaikum

    ReplyDelete